Penggodam Padam Nota 13,000 Pelajar Sekolah Di Singapura

TechnologyDigital
9 Aug 2024 • 4:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Biasanya penggodam mencuri data sulit yang kemudiannya dicuri di pasaran gelap. Tetapi di Singapura serangan penggodam menyebabkan 13,000 pelajar sekolah kehilangan nota yang ingin digunakan untuk mengulangkaji sebelum peperiksaan.

image is not available

Menurut laporan CNA, serangan siber ke atas aplikasi Mobile Guardian yang digunakan pada peranti pelajar menyebabkan nota yang disimpan di awanan dipadam sepenuhnya. Perisian dipasang pada peranti iOS dan Chromebook yang digunakan pelajar membolehkan nota dimuat naik dan pada waktu yang sama penjaga boleh memantau penggunaan peranti pelajar di bawah jagaan mereka.

Isu dikesan pada peranti yang digunakan pelajar di 26 sekolah di Singapura apabila aplikasi tidak boleh diakses pada Isnin lalu. Sebelum ini pada April serangan siber ke atas Mobile Guardian menyebabkan data peribadi kakitangan sekolah dan penjaga dari 127 diakses tanpa kebenaran.

Kementerian Pendidikan Singapura mengambil tindakan membuang aplikasi Mobile Guardian pada iPad dan Chromebook yang digunakan pelajar sebagai langkah berjaga-jaga. Ketika ini dipercayai hanya nota pelajar dipadam tetapi data peribadi mereka tidak dicuri.