Pengguna Boleh Lakukan Pembaharuan Lesen Memandu Melalui Aplikasi MyJPJ Bermula Februari 2024

TechnologyDigital
2 Jan 2024 • 11:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menteri Pengangkutan kini mengumumkan para pengguna boleh melakukan pembaharuan lesen memandu terus secara atas-talian melalui aplikasi MyJPJ bermula Februari 2024 kelak.

image is not available

Dengan langkah ini, ia sekaligus memudahkan lagi proses pembaharuan, dan pada masa yang sama memperluaskan lagi penggunaan aplikasi MyJPJ sebagai pusat sehenti untuk pelbagai perkhidmatan melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan. Diskaun rebat sebanyak RM5 juga akan diberikan bagi mereka yang melakukan pembaharuan ke lesen memandu digital – mulai Februari 2024 sehingga 31 Disember 2024

Sebelum ini, pada tahun lepas, aplikasi MyJPJ telah menambah sokongan menyimpan lesen memandu secara digital pada aplikasi berkenaan – dan digunakan ketika melalui sebarang sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved