Pengguna Boleh Mengehadkan Peratusan Pengecasan Pada Pixel Dengan Android 15

TechnologyDigital
19 Jul 2024 • 4:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Banyak pengeluar peranti Android China sekarang sudah menawarkan ciri penjimatan bateri tersendiri. Sama ada meningkatkan kelajuan pengecasan, memintas pengecasan, mod hibernasi, mod monokrom dan banyak lagi. Terbaru, Google akan memperkenalkan iterasi mereka tersendiri dalam Android 15 khusus untuk Pixel.

image is not available

Google akan akhirnya membenarkan pengguna memilih tetapan mengehadkan peratusan pengecasan ke 80% sahaja dan tidak akan meningkat ke 100%. Ini adalah sama dengan apa yang Apple lakukan. Tetapan ini akan menjamin kesihatan bateri serta ia akan mempunyai jangka hayat lebih panjang. Ia adalah ciri lebih baik berbanding Adaptive Charging yang menukar kuasa pengecasan mengikut corak pengecasan pengguna.

Google membawakan ciri ini selepas Pixel Tablet mempunyai ciri lebih kurang sama ketika ia disambungkan ke dermaga. Tablet Google ini hanya akan dicas ke 70%-80% selepas beberapa dikesan sentiasa bersambung dengan dermaga. Secara perlahan semakin banyak pengeluar peranti Android mengikut strategi Apple untuk kesihatan bateri peranti.

View Original Article