
Pengguna Celcom ‘Mengadu’ Di Media Sosial, Dakwa Alami Masalah Rangkaian
Beberapa pengguna Celcom dilapor membuat aduan melalui platform Twitter dan mendakwa berdepan dengan masalah rangkaian telco berkenaan yang dialami ketika ini.
Menerusi carian di Twitter, rata-rata memuat naik aduan kira-kira sejam yang lalu. Bagaimanapun, carian yang dibuat tidak menemui sebarang maklumat yang jelas mengenai kawasan yang berdepan dengan masalah rangkaian tersebut.
Namun begitu, melalui beberapa tweet, antara kawasan yang didakwa menghadapi masalah rangkaian Celcom buat masa ini adalah seperti di TUDM Subang, Seri Iskandar dan Perak Tengah.
@Celcom no service? Berapa lama nak tunggu mat?
— 우인 (@ecstxsys) July 8, 2022
Liputan internet di TUDM Subang sangat mengecewakan. Harap @Celcom dapat perbaiki dengan lebih baik
— FaTaHaYa
(@FathiJalil) July 8, 2022
Kawasan Seri Iskandar / Perak Tengah tak ada line @Celcom ke? Kalau tak ok juga lepas jumaat ni jangan sampai aku repair sendiri pakai spanar.
— Mohd Anuar (@mohdxanuar) July 8, 2022
Tweet-twet yang dibuat netizen turut mendapat perhatian daripada pihak Celcom. Walapun tidak menyatakan apakah punca kepada masalah tersebut, Celcom bagaimanapun memaklumkan bahawa pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Kami faham keadaan anda sekarang @Imamiharis, dan mohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Pihak kami sedang berusaha keras untuk memastikan rangkaian kembali normal secepat mungkin. -Ika
— Celcom (@Celcom) July 8, 2022
Bagi masalah yang dihadapi di kawasan Seri Iskandar dan Perak Tengah, Celcom memaklumkan semakan mendapati bahawa kawasan tersebut sedang mengalami isu rangkaian.
Hi @mohdxanuar, maaf ya saya semak lokasi awak sedang ada isu rangkaian. Awak boleh semak rangkaian di https://t.co/ZaaMaM7l0S atau dapatkan bantuan lanjut melalui DM/Whatsapp https://t.co/aKuMZIE79D – Nana
— Celcom (@Celcom) July 8, 2022
Dalam satu balasan ciapan yang berbeza, Celcom mengakui bahawa talian tidak berapa bagus buat masa sekarang ini.
Sorry cik @syasyashamshud1. Line tak bagus pulak masa sekarang , kami sedang usaha untuk improve ASAP.
Untuk dapatkan assistance lanjut, cik boleh hubungi kami di WhatsApp https://t.co/aKuMZIlXVv -Ika— Celcom (@Celcom) July 8, 2022
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi yang dimuat naik di laman Twitter Celcom, kecuali respon secara balasan ciapan di tweet-tweet aduan dan pertanyaan mengenai rangkaiannya.
Sumber: Twitter Celcom
The post Pengguna Celcom ‘Mengadu’ Di Media Sosial, Dakwa Alami Masalah Rangkaian appeared first on Siakap Keli.


