Pengguna iPhone 13 membazir duit untuk naik taraf ke iPhone 14?

Digital
8 Sep 2022 • 5:47 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Apple melancarkan sejumlah produk baharu dalam acara Far Out baru-baru ini. Selain siri iPhone 14, mereka turut lancarkan barisan Apple Watch dan kemas kini AirPods. Buat pengguna iPhone, tentu sekali mereka sedang berkira-kira sama ada patutkah mereka naik taraf ataupun kekal dan hanya naik taraf pada generasi seterusnya.

image is not available

Ini adalah 5 perkara menarik dengan siri iPhone 14 yang baru dilancarkan.

1. Tidak semua telefon baharu menerima cip pemproses baharu

Sebelum ini, untuk setiap iterasi iPhone baharu, Apple turut memperkenalkan cip pemproses baharu dan cip inilah yang akan memperkasakan barisan iPhone untuk iterasi tersebut. Namun, untuk keluarga iPhone 14, sifir itu telah berubah.

image is not available

Cip A16 Bionic yang diperkenalkan mereka cuma hadir pada dua daripada empat iPhone 14 sahaja iaitu iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Dua baki iaitu iPhone 14 dan iPhone 14 Plus diberikan cip A15 Bionic daripada tahun 2021 iPhone 13 dengan satu pertambahan teras grafik.

image is not available

2. Pengguna iPhone 13 jangan naik taraf ke iPhone 14 kecuali…

Masih dengan hujah cip A15 yang diwariskan kepada iPhone 14, selain cip yang lama. perbezaan spesifikasi antara iPhone 13 dan iPhone 14 sangat minimum. Tapi harganya nyata berbeza. Berikut adalah harga iPhone 13:

  • iPhone 13 128GB RM3,899
  • iPhone 13 256GB RM4,399
  • iPhone 13 512GB RM5,299

image is not available
Warna yang ditawarkan iPhone 13 (kiri) vs. warna yang ditawarkan iPhone 14 (kanan)

Berikut adalah harga iPhone 14:

  • iPhone 14 128GB RM4,199
  • iPhone 14 256GB RM4,699
  • iPhone 14 512GB RM5,699

image is not available

Beza harga anda mereka adalah sehingga RM400. Kelebihan yang iPhone 14 ada:

  • 1 teras GPU Tambahan
  • Photonic Engine untuk gambar malam
  • Rakaman Cinematic 4k HDR pada 30fps
  • High Dynamic Range Gyro
  • High-g Akselerometer
  • Dual ambient light sensor

image is not available

Saya tak rasakan perbezaani ni bakal berikan kelainan ketara daripada segi pengalaman guna. Namun, sekiranya anda perlukan iPhone berskrin besar, iPhone 14 Plus adalah pilihan paling murah. Berikut adalah harga iPhone 14 Plus:

  • iPhone 14 Plus 128GB RM4,699
  • iPhone 14 Plus 256GB RM5,199
  • iPhone 14 Plus 512GB RM6,199

3. iPhone 14 Pro & iPhone 14 Pro Max pecah tradisi kamera 12MP

Sekian lama iPhone dilengkapi dengan kamera 12MP, baru generasi inilah ia keluar daripada parameter 12MP untuk pergi ke 48MP. Kedengaran seperti sesuatu yang baik tapi ia tidaklah bermakna kameranya kini 4 kali ganda lebih baik.

image is not available

Lebih menarik, sewaktu pembentangan Apple mengumumkan yang sensor 48MP ini adalah 65% lebih besar berbanding yang boleh anda temui pada iPhone 13 Pro. Bagi memperkasa lagi kameranya, Apple turut mengumumkan Photonic Engine, solusi fotografi berkomputer yang baharu daripada Apple. Kamera utama iPhone 14 Pro masih mengambil gambar 12MP melalui ciri pelakuran piksel yang terkenal dalam kalangan telefon Android.

4. Dynamic Island: Apple berjaya tukar had kepada harmoni?

Ciri ini ingin sangat diketengahkan Apple. Jadi ia adalah satu fungsi yang jelas tak mungkin anda terlepas pandang. Sebab itu saya letak lebih kemudian dalam artikel ini.

Dynamic Island adalah cara Apple untuk mengasimilasikan paparan berlubang menjadi sebahagian daripada antaramuka iOS. Gelembung notifikasi direka supaya menggelembung daripada lubang tersebut memberikan ilusi dari situlah asalnya.

Misalnya, gelembung sewaktu mesej masuk, panggilan masuk, navigasi, dan lain-lain semuanya dipaparkan seperti terapung dan terpisah daripada bingkai telefon. Ia adalah sesuatu yang kreatif untuk tukarkan had kepada harmoni.

Apabila berkunjung ke ruangan komentar, ia menerima reaksi bercampur baur. Ada yang memuji kekreatifan Apple dalam mengubah sesuatu kekurangan kepada kelebihan.

image is not available

Ada segolongan lain mengatakan yang ia adalah sesuatu sia-sia yang tidak memberi nilai tambah sekalipun.

image is not available

Malangnya, "pulau dinamik" ini hanya ada untuk varian Pro sahaja.

5. Siri iPhone 14 boleh hantar mesej SOS guna isyarat satelit, tapi ia bukanlah yang pertama di dunia

Apple senantiasa memasukkan ciri-ciri yang menjurus kepada keselamatan. Kali ini mereka memperkenalkan "Emergency SOS via satellite". Dengan fungsi ini, pengguna iPhone 14 boleh hantar isyarat kecemasan walaupun berada di luar cakupan telco.

image is not available

Ciri ini masih belum boleh digunakan. Ia bukanlah sesuatu yang gah kerana hanya pengguna yang berada di A.S sahaja bleh gunakannya dan cakupannya agak terhad. Lagi menurut Apple, ciri ini akan hadir dengan iOS 16 bila ia diperkenalkan dalam bulan November 2022 nanti.

image is not available

Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah pertama di dunia. Telefon yang pertama ada ciri ini adalah Huawei Mate 50 yang dilancarkan beberapa hari sebelum iPhone 14.

Bacaan berkaitan