Pengguna iPhone 15 Pro Melaporkan Isu “Burn In” Pada Skrin

TechnologyDigital
16 Oct 2023 • 9:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max di peringkat awal mempunyai isu pemanasan yang kemudiannya diselesaikan dengan kemas kini sistem operasi. Kini muncul pula isu baharu di mana pemilik iPhone 15 Pro melaporkan kesan burn-in di mana imej ikon kekal pada skrin walaupun aplikasi telah ditukar.

image is not available

Burn-in ialah isu yang berlaku pada skrin OLED sekiranya imej statik dipaparkan terlalu lama. Ia adalah masalah yang biasanya berlaku pada skrin TV dan semakin jarang berlaku pada skrin telefon kerana teknologi baharu yang digunakan.

Pada waktu ini isu ini berlaku dalam jumlah yang kecil. Pengguna yang mengalami isu ini menerima peranti baharu daripada Apple sebagai ganti. Sekiranya ia berlaku kepada anda, penyelesaiannya ialah dengan mendapat peranti ganti dengan segera.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved