Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Digital
17 May 2024 • 12:11 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Umum mengetahui, kebanyakan teknologi pada masa kini mempunyai sistem teknologi yang boleh dikemas kini agar ia sentiasa mendapat ciri-ciri perisian baharu.

Kebanyakan kemas kini perisian adalah untuk tujuan keselamatan dan memudahkan lagi pengguna sesuatu telefon pintar mahupun komputer.

Pengguna dapati iOS 17.5 buat gambar lama dipadam muncul kembali

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di platform media sosial, Reddit, segelintir pengguna iPhone mendapati bahawa kemas kini iOS 17.5 mempunyai ‘bug’ terbaru yang mengembalikan beberapa gambar lama yang telah dipadam.

Malah, ada pengguna yang mendakwa bahawa gambar-gambar yang sudah bertahun dipadam sepenuhnya sebelum ini juga muncul kembali.

image is not available

Gambar yang dipadam dimuat naik semula ke dalam iCloud

Memetik Awani, beberapa pengguna terkejut selepas melihat gambar yang telah bertahun dipadam secara tiba-tiba muncul kembali sebagai gambar yang baru dimuat naik ke dalam iCloud.

Untuk info, aplikasi Apple Photos sememangnya akan menyimpan gambar yang telah dipadam selama 30 hari sahaja sebelum ia dihapuskan sepenuhnya.

Namun, dalam kes ini, pengguna mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke akaun mereka.

Apple masih belum keluarkan kenyataan berhubung ‘bug’ itu

Semakan kami mendapati setakat artikel ini ditulis belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan pihak Apple berhubung perkara itu.

‘Bug’ selepas kemasi kini iOS 17.5 ini juga membuatkan ramai pengguna berasa khuatir apatah lagi jika ia melibatkan gambar-gambar yang tidak sepatutnya yang telah dipadam namun akan muncul semula.

Ia juga sekali gus menimbulkan persoalan ramai terhadap privasi Apple terhadap penggunanya kerana sebelum ini syarikat teknologi gergasi dunia itu amat menekankan tentang perkara itu.

Source: