Pengguna iPhone Kini Boleh Menggunakan Aplikasi Photoshop Di Telefon Pintar Mereka

TechnologyDigital
26 Feb 2025 • 10:28 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, Adobe telah menawarkan aplikasi penyuntingan Photoshop untuk iPad.

Kini, mereka telah mengemas kini aplikasi iOS tersebut, dan menambah sokongan agar ia boleh digunakan pada pelbagai model iPhone.

Dengan aplikasi Photoshop ini, pengguna boleh dengan mudah melakukan penyuntingan menggunakan telefon pintar mereka tanpa perlu bergantung pada desktop.

image is not available

Beberapa ciri percuma dengan had tertentu disediakan, manakala pengguna yang melanggan boleh log masuk untuk mengakses semua ciri penyuntingan secara penuh.

Pelancaran aplikasi iPhone ini dijangka dapat menarik lebih ramai pengguna, sekaligus memupuk kesetiaan mereka sehingga ke peringkat desktop. Ini juga membantu Adobe kekal bersaing dengan aplikasi lain seperti Canva.

Bagi yang berminat, aplikasi Photoshop untuk iPhone boleh dimuat turun melalui AppStore. Manakala untuk versi Android, ia akan dilancarkan pada tahun ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

MCMC Tuntut Penjelasan Daripada TikTok Berkenaan Sekatan Terhadap 18 Akaun Media Tempatan