Pengguna Kelak Boleh Guna Kad Kredit Atau Debit Untuk Bayar Perkhidmatan LRT, MRT Dan Monorail

TechnologyDigitalCars
26 Oct 2023 • 1:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada hari ini, kerajaan sedia memulakan ujian rintis penggunaan sistem pembayaran terbuka pada sejumlah lebuhraya. Kini, konsep sama bakal diperluaskan kepada pengguna pengangkutan awam.

Berkongsi di Parlimen, Menteri Pengangkutan menyatakan Prasarana akan memulakan projek sistem pembayaran terbuka ini bermula Mac 2024 kelak, dan dijangka akan mengambil sekitar 11 bulan untuk memasang gantri dengan sokongan pembayaran terbuka di 50% stesen.

Kerajaan menyasarkan pelaksanaan pemasangan sistem pembayaran terbuka selesai pada semua stesen menjelang Ogos 2025 kelak.

image is not available

Sistem pembayaran terbuka ini akan membolehkan pengguna pengangkutan awam membayar menggunakan kad kredit atau kad debit, dan tidak terikat pada penggunaan token atau kad TNG sahaja.

Prasarana dijangka memperkenalkan sistem pembayaran terbuka ini di laluan LRT Kelana Jaya, LRT Ampang, MRT Kajang, MRT Putrajaya dan Monorail.

Sebaik sahaja selesai pengenalan sistem pembayaran terbuka ini, beberapa sistem baharu dijangka akan terus dikaji – termasuk menggunakan kod QR dan sebagainya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved