Pengguna Kini Boleh Susun Semula Semua Siaran Di Grid Profil Instagram

TechnologyDigital
9 Jun 2026 • 3:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengguna Kini Boleh Susun Semula Semua Siaran Di Grid Profil Instagram

Profil Instagram bukan lagi sekadar paparan kronologi siaran tetapi ruang yang boleh disusun semula untuk memperlihatkan identiti dan kandungan terbaik pengguna. Hal ini kerana terdapat ciri baharu yang membolehkan pengguna menyusun semula siaran di grid profil mereka.

Image from: Pengguna Kini Boleh Susun Semula Semua Siaran Di Grid Profil Instagram

Dengan fungsi “Reorder your grid” baharu ini, pengguna kini mempunyai lebih banyak kawalan terhadap cara kandungan dipersembahkan di aplikasi. Melalui kemas kini ini, siaran boleh disusun semula dengan mudah sekali gus menjadikan profil lebih tersusun dan peribadi. Ciri ini turut membantu menonjolkan hasil terbaik atau kandungan yang ingin dipaparkan kepada pelawat profil bagi menarik perhatian.

Penggunaannya juga mudah. Anda hanya perlu pergi ke profil, kemudian tekan lama pada mana-mana siaran di grid, pilih ‘Reorder grid’ dalam menu pop-up dan alihkan kandungan ke posisi yang diinginkan. Instagram menjelaskan bahawa perubahan ini akan disimpan serta-merta dan dapat dilihat oleh semua pelawat profil.