Pengguna Malaysia kini boleh terima duit dari Singapura guna nombor telefon

LocalBusiness & Finance
19 Nov 2023 • 11:21 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Bank Negara Malaysia (BNM) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mereka telah mengumumkan jalinan masa nyata antara DuitNow (Malaysia) dan PayNow (Singapura). Perkara ini membolehkan perpindahan duit secara P2P, masa nyata, dan selamat antara dua negara terlibat. Ia juga adalah yang pertama seumpamanya disertai kedua-dua institusi kewangan bank dan bukan bank.

Dengan kemudahan ini, pelanggan daripada institusi kewangan yang menyertai boleh menghantar dan terima dana sehingga RM3,000 atuapun SGD1,000 sehari dengan hanya gunakan nombor telefon ataupun virtual payment address (VPA).

image is not available

Di pihak Malaysia, institusi kewangan yang menyertai ialah Maybank, CIMB, dan TNG Digital manakala untuk pihak Singapure, entiti yang terlibat ialah Liquid Group, Maybank Singapore, OCBC, dan UOB.

Kemudahan ini katanya bawakan banyak manfaat daripada segi kepantasan, keselamatan malah mengurangkan kos perpindahan dana merentasi sempadan. Dalam tahun 2022 sahaja, perpindahan dana secara P2P dan kiriman wang direkodkan berjumlah RM7.8 billion ataupun SGD2.3 billion.

Sumber: BNM, MAS

Bacaan berkaitan