Selepas memperkenalkan kemaskini One UI 6.0 untuk beberapa model peranti Samsung, kini pengguna telefon pintar Samsung Galaxy A54 5G di Malaysia telah mula menerima kemaskini sama, yang berasaskan Android 14.

Melalui kemaskini ini, selain sistem operasi Android 14 yang terbaru, ia turut menyertakan kemaskini pada antaramuka, sokongan kamera yang ditambah-baik, sokongan widget baharu, dan sejumlah pembaharuan yang lain.
Bagi anda yang menggunakan siri Samsung Galaxy A54, boleh memuat-turun kemaskini One UI 6.0 ini melalui halaman tetapan hari ini.

