Pengguna WhatsApp Kelak Memerlukan Pelan Berbayar Untuk Hapuskan Iklan

TechnologyDigital
27 Jan 2026 • 3:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sokongan pengiklan dalam aplikasi WhatsApp menimbulkan rasa kurang senang bagi sebahagian pengguna. WhatsApp seakan memahami perkara ini dan kini sedang membangunkan pelan langganan berbayar yang membolehkan pengguna memilih untuk pengalaman bebas iklan sepenuhnya.

image is not available

Melalui pelan ini, pengguna tidak lagi akan melihat iklan selepas menonton sejumlah status di samping tidak menerima cadangan saluran promosi. Langganan ini berkonsepkan pilihan sepenuhnya, sekali gus memberi kebebasan kepada pengguna untuk menentukan sama ada mahu terus menerima iklan atau melanggan bagi menghapuskannya.

image is not available

Pengurusan langganan boleh dilakukan melalui pembelian dalam Google Play Store dan pengguna boleh membatalkan langganan pada bila-bila masa dengan perubahan berkuat kuasa dalam tempoh sekitar 15 minit. Harga langganan dijangka sekitar €4 (~RM19)  sebulan namun angka ini masih belum muktamad dan boleh berubah mengikut negara serta ketetapan Meta sebelum pelancaran rasmi.

image is not available

Buat masa ini, ciri tersebut masih dalam pembangunan dan dijangka akan dilancarkan selepas semua keperluan peraturan di Eropah dan United Kingdom (UK) dipenuhi.

Hal ini juga mungkin berkait dengan khabar tular yang mengatakan Meta akan memperkenalkan pelan berbayar untuk aplikasi lain di bawah payungnya.

Dalam masa yang sama, masih belum jelas sama ada pelan ini akan kekal terhad kepada dua negara tersebut atau diperluas ke rantau lain pada masa hadapan.