Pengguna WhatsApp Terpilih Kini Boleh Menggunakan Multi Akaun Pada Satu Peranti

TechnologyDigital
11 Aug 2023 • 12:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp menerusi kemaskini baharu kini membolehkan sebilangan pengguna terpilih menggunakan multi-akaun pada satu peranti. Ciri ini pada awalnya sekadar di peringkat pembangunan pada Jun yang lalu, namun kini mula dilancarkan kepada pengguna beta terpilih khususnya Android untuk dicuba.

image is not available

Cara penggunaannya amat mudah dengan hanya membuka ruangan tetapan dan tekan pada ikon anak panah kecil bersebelahan dengan imbasan kod QR. Kemudian ia akan diikuti dengan tetingkap kecil di bahagian bawah yang membolehkan pengguna menambah akaun lain. Seperti yang diperkatakan sebelum ini juga mana-mana akaun yang telah berdaftar akan kekal disimpan pada peranti.

image is not available

Sehinggalah pengguna sendiri memutuskan untuk log keluar, yang bermakna pengguna boleh bertukar diantara akaun yang dimahukan pada bila-bila masa, sama ada dengan sebab atau tanpa sebab. Selain itu ia juga menarik kerana bantu pengguna mengurus pelbagai urusan dengan lebih teratur termasuklah soal berkaitan kerja mahupun peribadi.