Penggunaan Akaun Facebook Pada Meta Quest Dihentikan Ogos Ini

TechnologyDigital
8 Jul 2022 • 12:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sebelum ini Meta menimbulkan kemarahan apabila mengumumkan pemilik set realiti AR Quest mereka perlu menggunakan akaun Facebook. Mereka yang mendaftar menggunakan akaun Oculus diminta melakukan pertukaran sebelum akses dihalang. Hari ini Meta telah melakukan pusingan U dengan mengatakan penggunaan akaun Facebook tidak lagi akan diwajibkan bermula Ogos 2022.

image is not available

Selepas Ogos, ia akan ditukar kepada penggunaan akaun Meta yang baharu. Selepas itu pengguna perlu menghasilkan profil untuk Meta Horizon pula untuk menyelami dunia metamesta Meta. Pendaftaran kepada akaun baharu adalah perlu bagi mereka yang selama ini menggunakan akuan Facebook untuk log masuk.

Bagi mereka yang masih menggunakan akaun Oculus pula, mereka diberikan tempoh sehingga 1 Januari 2023 untuk membuka akaun Meta mereka.