Penggunaan Kereta Elektrik Boleh Menyebabkan Struktur Parkir Bertingkat Roboh

Cars
12 Apr 2023 • 12:21 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Penggunaan kereta elektrik (BEV) sudah meningkat dan banyak dilihat di jalan raya Malaysia. Namun, kebanyakkan pengguna kenderaan ini merungut kerana kurangnya stesen pengecasan terutama di lebuh raya.

image is not available

Di United Kingdom, isu baharu telah dilaporkan iaitu jumlah kereta elektrik meningkat dan ia boleh merobohkan bangunan parkir bertingkat.

Menurut laporan The Telegraph, Persatuan Parkir Britain (BPA) telah mengeluarkan amaran peningkatan jumlah kenderaan BEV yang mungkin akan menyebabkan struktur parkir yang sudah berusia mudah untuk roboh.

Ini kerana kenderaan BEV lebih berat berbanding kenderaan ICE. Masalah ini lebih serious di United Kingdom berbanding di Malaysia kerana struktur parkir yang dibina menggunakan piawaian 50 hingga 60-an dimana pada waktu itu kenderaan lebih ringan.

Kereta elektrik BEV lebih berat kerana pek baterinya yang besar digunakan. Jika berat bateri ditambah dengan berat penumpang ia akan memberi tekanan kepada struktur parkir yang tidak direka untuk kenderaan elektrik moden.

Kredit: amanz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.