Penggunaan Web Dalam Kalangan Perniagaan Terus Meningkat Pada 2024 - DOSM

LocalBusiness & Finance
30 Jun 2026 • 2:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Penggunaan Web Dalam Kalangan Perniagaan Terus Meningkat Pada 2024 - DOSM

Penggunaan Web Dalam Kalangan Perniagaan Terus Meningkat Pada 2024 - DOSM

Kehadiran digital dalam kalangan perniagaan di Malaysia terus menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 74.4 peratus pertubuhan dilaporkan mempunyai kehadiran dalam talian sepanjang tahun 2024.

Jabatan Perangkaan Malaysia dalam satu laporan berkata, angka itu meningkat berbanding 72.7 peratus yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

Menurut jabatan itu, platform media sosial kekal menjadi pilihan utama perniagaan dengan kadar penggunaan tertinggi iaitu 80.3 peratus.

Katanya, ia diikuti laman web milik sendiri sebanyak 58.7 peratus, platform e-pasaran (44.1 peratus) dan laman web di bawah entiti lain sebanyak 38 peratus.

Baca juga:

Selain itu, laporan sama turut menunjukkan 97.2 peratus perniagaan kini menggunakan komputer manakala 95.3 peratus mempunyai akses internet.

Menurutnya, perkembangan itu didorong oleh infrastruktur digital yang semakin kukuh dengan kadar penggunaan jalur lebar tetap terus mendominasi pada 94 peratus.

Image from: Penggunaan Web Dalam Kalangan Perniagaan Terus Meningkat Pada 2024 - DOSM
Kredit: DOSM

“Penggunaan jalur lebar mudah alih pula mencatatkan kadar 79.8 peratus.

“Rangkaian Kawasan Luas (WAN) kekal sebagai rangkaian paling banyak digunakan dengan kadar 89.4 peratus, diikuti Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) sebanyak 77.5 peratus dan Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar (WLAN) pada kadar 71.8 peratus,” katanya.

Jabatan itu berkata, prestasi berkenaan membuktikan semakin banyak perniagaan bergantung kepada sistem digital bersepadu bagi meningkatkan kecekapan operasi serta komunikasi.

Dalam masa sama, penggunaan intranet dan extranet masing-masing mencatatkan 53.1 peratus dan 26.2 peratus, sekali gus menunjukkan usaha syarikat memperkukuh kerjasama dalaman dan hubungan bersama pelanggan serta pembekal.

Sementara itu, pendapatan e-dagang negara turut meningkat sebanyak 8.8 peratus kepada RM1.29 trilion pada tahun 2024 berbanding RM1.18 trilion pada tahun sebelumnya.

Perbelanjaan e-dagang juga berkembang seiring dengan peningkatan itu apabila mencatat pertumbuhan 9.4 peratus kepada RM625.3 bilion.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, peningkatan berterusan itu menggambarkan penggunaan digital dalam sektor perniagaan semakin berkembang dan menjadi komponen penting dalam landskap ekonomi negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved