Penghadang saksi dipindah ke kandang Ebit Lew

14 Feb 2024 • 11:12 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ebit Lew ketika hadir ke Mahkamah Majistret Tenom di sini pada Rabu.

TENOM - Penghadang yang disediakan untuk saksi pendakwaan kesembilan iaitu pengadu telah dipindahkan dan diletakkan ke kandang tertuduh, Ebit Lew.

Hari kedua berlangsungnya prosiding di Mahkamah Majistret di sini yang membabitkan pendakwah terkenal itu terpaksa ditangguhkan seketika untuk kerja memindah dan memasang penghadang pada kandang tertuduh.

Pemasangan penghadang pada kandang tertuduh susulan keputusan mahkamah selepas mendengar hujahan daripada pihak pembelaan, Datuk Ram Singh yang menyatakan bahawa perbicaraan tersebut adalah di mahkamah terbuka.

"Pihak pembelaan dan tertuduh tidak dapat melihat gelagat saksi kesembilan. Hujahan kami bahawa perbicaraan ini tidak adil.

"Ini selaras dengan apa yang sedang dijalankan di Mahkamah Rayuan yang ditetapkan berkaitan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh yang didakwa atas pertuduhan rogol di mana peguam dalam kes tersebut berhujah dalam beberapa perkara termasuk Artikel 10 Kebebasan Bersuara dan keberkesanan pemeriksaan balas oleh peguam selain menggunakan point yang sama.

"Dalam kes ini, pertuduhan adalah kesalahan yang lebih ringan iaitu Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya.

AKAN MENYUSUL