Penghala WiFi Mudah-Alih Acer Connect M6E 5G Dilancarkan Pada Harga RM999

TechnologyTravel
14 Nov 2025 • 4:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersempena dengan acara pelancaran produk Acer Predator baharu dan juga pusingan saingan Predator League kebangsaan untuk menentukan siapa akan ke acara Predator League Asia Pasifik pada Januari hadapan, Acer turut melancarkan sebuah produk baru untuk mereka yang akan mengembara dan melawat negara-negara lain.

image is not available

Produk ini ialah Acer Connect M6E 5G, sebuah penghala mudah-alih yang membolehkan pengguna untuk membeli kad sim pelancongan di luar negara dan memasukkannya kedalam peranti ini tanpa perlu menukar kad sim dalam peranti pintar sendiri.

image is not available

Acer Connect M6E 5G ini hadir dengan rangka yang diperbuat dari bahan polikarbonat tahan lasak dengan bateri 8000mAH yang boleh bertahan selama 28 jam secara terus tanpa henti. Ia juga boleh menyambungkan sebanyak 20 peranti pintar sekaligus ke internet, dan hadir dengan sokongan untuk pelbagai jenis kad SIM, termasuklah nano SIM dan eSIM tanpa masalah.

image is not available

Penghala WiFi ini boleh memancarkan sambungan WiFi pada mod WiFi 6e dengan rangkaian 5G dan menyokong rangkaian 2.4Ghz, 5GHz dan 6GHz dan mempunyai jarak yang agak jauh.

image is not available

Ia juga hadir dengan paparan skrin sesentuh untuk memudahkan akses kepada pelbagai fungsi-fungsi yang ditawarkan pada penghala mudah-alih ini dan boleh disambungkan ke peranti melalui cara-cara biasa seperti memasukkan kata laluan ataupun mengimbas kod QR dan juga melalui sentuhan NFC pada peranti-peranti yang menyokongnya.

image is not available

Acer Connect M6E 5G sudah mula ditawarkan di pasaran Malaysia pada harga RM999 ataupun RM799 jika anda membelinya sewaktu tempoh pelancaran 14 November ke 16 November 2025.

View Original Article