Penghantar barang disyaki curi RM10,000 dibebaskan dengan jaminan polis

23 Jun 2026 • 1:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penghantar barang disyaki curi RM10,000 dibebaskan dengan jaminan polis
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan kes berkenaan.

KAJANG - Seorang penghantar barang dipercayai mencuri wang tunai daripada dompet yang ditemukan di sebuah pasar raya di Semenyih, di sini, telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya kini sedang melengkapkan siasatan berkaitan kes tersebut.

"Suspek dibebaskan dengan jaminan polis bagi melengkapkan kertas siasatan. Perkembangan lanjut akan dimaklumkan," katanya ringkas dalam kenyataan pada Selasa.

Pada Ahad, media melaporkan suspek yang ditahan sebelum ini selepas menyerahkan dompet milik warga China disambung reman sehingga Selasa bagi membantu siasatan, selepas dakwaan wang tunai RM10,000 hilang.

Naazron dilaporkan berkata, lelaki itu disambung reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan wanita warga China mendakwa kehilangan dompet yang mengandungi wang tunai RM10,000 ketika berada di sebuah pasar raya sehingga tular di media sosial apabila ia diserahkan semula oleh seorang lelaki.

Dalam video yang tular itu, lelaki terbabit menafikan mengambil wang berkenaan dan mendakwa hadir bagi memulangkan dompet yang ditemuinya

Susulan siasatan dijalankan, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menahan seorang lelaki berusia 37 tahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved