Penghantar Barang Gatal, Ambil Kesempatan Cuba Cabul Jurujual Wanita Berkali-Kali 

7 May 2024 • 9:11 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Cabul

Seorang lelaki yang juga penghantar barang didakwa cabul seorang jurujual wanita di sebuah kedai aksesori telefon di Kerteh, Terengganu kelmarin.

Menurut laporan Kosmo, kejadian berlaku pada jam 4.30 petang kelmarin dan suspek telah ditahan di rumahnya bagi membantu siasatan pada jam 4 pagi semalam dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan.

Mangsa mendakwa suspek yang merupakan pelanggan kedai aksesori telefon tersebut bertindak ganas mengasari dan cuba mencabulnya.

Sebelum itu, dia didakwa melakukan gangguan seksual lisan terhadap jurujual wanita itu sebelum bertindak menarik mangsa ke dalam sebuah bilik khas untuk kakitangan di premis perniagaan terbabit.

Kemudian, suspek juga ada cuba untuk meraba mangsa sebelum wanita itu menjerit sekuat hati sehingga buatkan suspek melarikan diri.

Mangsa kemudiannya terus menghubungi rakan sekerja yang keluar berehat ketika itu.

Dia yang mengalami lebam akibat perbuatan suspek kemudiannya membuat laporan polis sebelum dihantar ke Hospital Kemaman di sini untuk menerima rawatan.

Semakan mendapati suspek memililki satu rekod jenayah lampau berkaitan pergaduhan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved