Penghasilan aplikasi perlu kos tinggi

TechnologyStartup
13 Aug 2024 • 7:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Aplikasi Frentlo ciptaan Yusman yang bakal dimuat naik ke 'Google Playstore' dalam masa terdekat. Gambar kecil: Yusman

SHAH ALAM - Kos yang tinggi menjadi cabaran utama untuk menghasilkan platform media sosial baharu kerana melibatkan banyak peringkat percubaan sebelum dibuka kepada umum.

Ia diakui seorang pencipta aplikasi, Yusman Yusof, 50, yang memaklumkan, antara perbelanjaan awal yang digunakan adalah membeli aplikasi pengkodan dan aplikasi berkaitan serta menyewa server.

“Untuk menghasilkan media sosial, kita ada peringkat try and error dan kos keseluruhan boleh mencecah RM120,000 hingga RM200,000 sebelum dilancarkan secara rasmi.

“Itu belum termasuk kos bulanan yang mencecah RM3,000 ke RM5,000 bagi menampung perbelanjaan untuk server, keselamatan dan rangkaian bagi mencapai kelajuan optimum,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu menurutnya, penggunaan aplikasi media sosial milik tempatan lebih terjamin dari segi keselamatan.

"Penggunaan aplikasi dari luar memberi risiko kepada pendedahan data-data kerajaan dan negara kepada pihak asing serta dibimbangi akan menyebabkan situasi tidak diingini berlaku," katanya yang turut berbesar hati jika kerajaan mahu menggunakan aplikasi media sosial yang dibangunkan olehnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved