Penghulu meninggal dunia, tertimbus di bawah timbunan tar

5 Jun 2024 • 11:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang penghulu meninggal dunia selepas tertimbus di bawah timbunan tar dalam kemalangan di Jalan Tanjung Tualang, Kampar, Perak, malam ini.

Menerusi beberapa video dan foto tular di media sosial, kelihatan sebuah lori membawa muatan tar terbalik dan menyebabkan tar berkenaan berselerakan di atas jalan.

Apa yang meruntunkan hati, seorang penunggang motosikal dipercayai tertimbus di bawah timbunan tar yang berselerakan tersebut.

image is not available

image is not available

image is not available

Penghulu meninggal dunia

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.13 malam.

Beliau berikutnya mengejarkan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, sebuah lori membawa muatan tar telah terbalik sehingga menyebabkan mangsa dikenali Hanapiah Ismail yang menunggang motosikal jenis Honda Wave tertimbus di bawah timbunan tar.

image is not available

Difahamkan, mangsa berusia 40-an bertugas sebagai Penghulu Mukim Teja, dalam daerah Kampar.

“Mangsa dikeluarkan dari bawah timbunan tar menggunakan peralatan khas.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

image is not available

Menurut beliau, operasi menyelamat ditamatkan jam 8.55 malam.

Sumber: FB Nurul Natasha, Harian Metro (Muhamad Lokman Khairi)