Penghuni Apartment Jijik Terpaksa Kutip Kondom Warna Coklat Dibuang Dari Rumah Atas

11 May 2023 • 3:49 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kondom

Penggunaan kondom merupakan salah satu cara dalam mengawal kadar kelahiran. Tapi, kalau dah guna kemudian buang merata-rata siapa sahaja yang tak panas hati, bukan?

Terbaru, seorang penghuni apartment meluahkan rasa bengang di Twitter apabila terpaksa mengutip kondom terpakai yang dipercayai dibuang dari rumah atas.

Kondom jatuh atas pokok

image is not available

Menurut ciapan di Twitter, pemilik apartment yang dikenali sebagai Mimie Rahman menjumpai kondom yang mempunyai kesan berwarna coklat terselit di celah daun pokok betik Jepun miliknya.

Aku tak nak tahu kenapa dia warna macam itu. Okay semua, ada bau. Tak pasal-pasal aku nak kena sembur air dekat pokok aku ni. Kalau pakai hiasan tak apa la juga. Ni pokok ajinomoto! Daun ini aku nak buat makan! Yih!!

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen juga turut meluahkan rasa jijik terhadap tindakan kotor individu yang tidak bertanggungjawab tersebut.

image is not available

Adoi, kalau dah habis buat cuba buang di tempat sampah elok-elok. Tak pasal-pasal orang lain pula terkena tempias huhu.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

View Original Article