
SIPITANG: Kira-kira 120 keluarga membabitkan 600 orang yang tinggal di kuarters kompleks Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI) diberi notis untuk mengosongkan kawasan tersebut.
Kawasan terbabit terletak dalam jajaran dan hakmilik yang tersenarai dalam warta No.198/2022 oleh Jabatan Tanah dan Ukur (JT&U) Sipitang.
Jurucakap penduduk, Jeffrey Gopog ketika dihubungi Harian Ekspres berkata, notis terbaru itu meminta penduduk untuk mengosong kawasan berkenaan dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan notis pada 24 Mei, yang tamat pada 22 Jun.
