Penghuni Puncak Gloxinia desak selesai masalah air

LocalOpinion
27 Aug 2024 • 4:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

PAPAR: Penghuni Kondominium Puncak Gloxinia mendesak Jabatan Air Negeri (JANS) dan pengurusan perumahan itu segera menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang membelenggu mereka sejak sekian lama.

Salah seorang penduduk, Helvin Ribus, seorang penjawat awam berkata, masalah itu sudah lama berlarutan tanpa penyelesaian berkesan.

“Selesaikan segera masalah yang membelenggu penduduk. Ia bukan hanya berlaku seminggu tetapi bertahun-tahun dan tiada jalan penyelesaian sehingga kini,” tambahnya.

Beliau berkata, penduduk menerima bekalan air secara catuan setiap hari antara pukul 4 petang hingga 9 malam, yang mengganggu kehidupan mereka kerana terpaksa mengejar masa untuk mengumpul air.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more “Mereka yang mempunyai anak bersekolah, bayi, kakitangan awam dan swasta adalah antara yang paling terjejas,” keluhnya. Seorang lagi penduduk, Sharon Raymond Kisil, juga penjawat awam, berkata masalah itu amat merumitkan rutinnya bersama keluarga.

“Setiap hari bangun pagi saya terpaksa masak air panas untuk dicampur dengan bekalan air dalam baldi kerana suhu air terlalu sejuk apabila disimpan semalaman, memandangkan tiada bekalan air paip pada waktu pagi akibat jadual catuan,” katanya. “Keadaan itu juga menyukarkan penduduk yang bekerja secara syif dan terpaksa pulang lewat malam kerana apabila pulang ke rumah, bekalan air sudah ditutup,” tambahnya.

Sharon berkata alasan yang diberikan ialah tiada penyelesaian lain untuk isu itu.

“Apabila penduduk bertanya kepada pengurusan perumahan, mereka berkata gangguan itu disebabkan kekurangan bekalan air dari JANS ke tangki utama perumahan,” katanya, menggesa JANS dan pengurusan perumahan menyelesaikan isu ini dengan berkesan dan segera.

Seorang lagi penduduk, Andy Alfonsos berkata, ia agak mengejutkan apabila melihat masalah air yang berterusan sedangkan JANS mendapat bekalan air dari loji Kg Kogopon yang tidak pernah kering.

“Apa yang membingungkan adalah hujan turun hampir setiap hari, tetapi masih terdapat gangguan bekalan air,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article