
Kota Kinabalu: Penghuni rumah pangsa kos rendah Tanjung Aru melahirkan rasa terkejut dan kecewa apabila mereka akan diminta mengosongkan unit mereka selepas Hari Raya pada Julai tahun ini.
Jurucakap mereka Dewi Yana Awang berkata mereka kecewa dengan dakwaan Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Datuk Masiung Banah bahawa penghuni telah memberi persetujuan untuk berpindah.
“Kami terkejut. Kami tidak pernah bersetuju untuk berpindah sehingga LPPB menyediakan kami tempat tinggal baharu.


