
Kota Kinabalu: Salah seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Henry Gurney di sini berkongsi debarannya yang bakal menduduki peperiksaan itu esok (Isnin).
Evelyn, 21, berkata dia akan ‘bertempur’ dengan kertas peperiksaan membabitkan lapan mata pelajaran sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.
“Rasa berdebar juga dan masih belum cukup tempoh untuk mengulang kaji pelajaran, tetapi saya akan tempuhi untuk menamatkan SPM pada tahun ini.
“Saya bakal berdepan dengan lapan mata pelajaran dan diharap akan mendapat keputusan yang cemerlang kerana saya berhasrat untuk menyambung pengajian lagi selepas ini,” katanya.
SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more Evelyn berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Jalinan Kasih Krismas Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu di Dewan Raflesia Sekolah Henry Gurney, di Penjara Wanita Kota Kinabalu, di sini baru-baru ini.
Diminta berkongsi punca dia dimasukkan ke sekolah itu, Evelyn berkata, ia adalah atas kesilapannya sendiri yang terjebak dengan najis dadah pada usia 17 tahun.
Dedahnya lagi, dia dimasukkan ke sekolah itu atas kesalahan di bawah Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan.
“Saya mengambil dadah jenis syabu dan ditahan selepas didapati positif dadah. Saya mengambil dadah kerana terpengaruh daripada rakan-rakan selain disebabkan masalah keluarga,” katanya.
Bagaimanapun, kehidupan berada di sekolah itu mengajarnya supaya tidak mengulangi kesilapan tersebut, dan dia bertekad akan terus menjauhi najis dadah apabila keluar pada April depan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

