
RANAU: Persatuan Sumber Harapan Sabah (The Society of Hope Sabah) menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) buat kali pertama selepas menyumbangkan 10,000 unit alat tulis kepada pelajar kumpulan B40 di seluruh Sabah.
Difahamkan bahawa 80 sekolah luar bandar di 20 daerah telah terpilih menerima sumbangan ini.
Presidennya Josephine Hadikusumo berkata, organisasi itu memberi tumpuan kepada keperluan pendidikan kanak-kanak daripada komuniti B40.
