Pengiktirafan terhadap kepentingan penjagaan kesihatan

LocalPolitics
7 Oct 2022 • 7:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Khairy Jamaluddin ketika hadir bagi mendengar pembentangan Bajet 2023 di Bangunan Parlimen pada Jumaat. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyifatkan peruntukan RM36.139 bilion kepada kementerian itu sebagai pengiktirafan terhadap kepentingan penjagaan kesihatan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia selari dengan aspirasi kesihatan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia sebagai satu keutamaan kerajaan.

"Peruntukan dalam Bajet 2023 ini adalah pertambahan sebanyak RM3.729 billion atau 11.51 peratus berbanding RM32.4 bilion yang diperuntukkan pada tahun 2022," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, jika dibandingkan dengan keseluruhan peruntukan bajet kerajaan Persekutuan 2023 yang berjumlah RM372.3 bilion, peruntukan yang disediakan kepada KKM adalah sebanyak 9.71 peratus daripada keseluruhan peruntukan bajet.

"Peningkatan dalam peruntukan kepada KKM adalah satu pelaburan yang amat diperlukan bagi memastikan Keluarga Malaysia kekal sihat, mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti seterusnya mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara," katanya.

Khairy berkata, Bajet 2023 turut menyaksikan perkhidmatan kesihatan diperkukuhkan bagi memastikan kesejahteraan fizikal dan mental seluruh Keluarga Malaysia terjamin serta tiada golongan ditinggalkan.

"KKM ingin menyatakan bahawa Bajet 2023 mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan aspek kesihatan dititikberatkan di dalam hampir semua dasar merentasi pelbagai kementerian dan agensi," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved