Penginap dakwa dilayan seperti anjing, Homestay pula dakwa penginap lewat check out 2 jam 30 minit

12 Feb 2024 • 7:51 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Beberapa hari yang lalu, tular video seorang lelaki mendakwa mereka dihalau seperti ‘anjing’ oleh pemilik homestay kerana terlewat sejam untuk ‘check out’.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah homestay di Alor Setar, Kedah, Shafiq Ghani mengakui mereka terlewat sejam, namun pemilik homestay tidak wajar memperlakukan mereka seperti itu.

“Ya saya mengaku kami lambat check out. Kalau makcik (pemilik) nak charge sehari RM100-200 pun saya bayar. Tapi jangan halau kami macam anjing, baling makanan apa semua. Allahuakbar.

“Semalam lepas niaga event Alor Setar, terus hantar barang untuk Perlis pula. So, sampai (rumah) jam 8 pagi tadi. Terlelap dan terjaga lambat sejam saja,” katanya.

image is not available

Dalam perkongsian di media sosial itu, Shafiq turut menggesa orang ramai memboikot homestay tersebut.

“Orang Alor Setar, tolonglah boikot perniagaan orang Islam yang perangai macam makcik ni. Makcik halau kami macam anjing kan? Okay tak apa, saya share ni (sebab) saya tak mahu orang lain akan kena macam kami kena ni,” katanya.

image is not available

Bagaimanapun, pihak Tulip Homestay Hospital Sultanah Bahiyah tampil mengeluarkan kenyataan dan membidas kenyataan Shafiq yang didakwa tidak menceritakan kejadian sebenar.

Menurut anak kepada pemilik homestay, pada hari kejadian penginap menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada ibunya pada jam 1 pagi yang meminta check out pada jam 2 petang.

“Mak reply subuh pagi tadi jam 6.27 pagi beritahu kena check out paling lewat jam 1 petang sebab ada orang nak masuk jam 3 petang. Mak dah bagi kelonggaran check out lewat sejam tanpa caj,” katanya.

image is not available

Pemilik kemudian menghantar mesej pada jam 1 petang yang meminta penginap check out di mana pekerjanya perlu membersihkan rumah tersebut sebelum jam 3 petang. Malangnya mesej tidak dibalas. Sedangkan pekerja pembersihan sudah sampai dan terpaksa tunggu di bawah pokok dan cuaca ketika itu panas.

Dalam tempoh menunggu itu, pekerja mendakwa penginap masih bertuala kehulu kehilir, tiada gaya seperti orang yang bergegas untuk keluar dari rumah tersebut.

“Jam 1.50 petang, cleaner datang tengok lagi, tapi mereka masih bertuala. Mentang-mentang cleaner tua, umur dah setengah abad, hampa buat tak tahu saja.

image is not available

“Cleaner call mak beritahu penginap masih belum check out. Mak call mereka berkali-kali tetapi tidak dijawab. Jam 2.25 mak sampai di homestay dan tanya kenapa masih belum keluar sedangkan masa tambahan sudah diberi.

“Tetapi mak dlayan seperti tunggul, masih bertuala kehulu kehilir. Tak ada sesiapa pun yang berkemas angkat beg seperti nak check out.

“Dalam video yang tular itu sebenarnya jam 2.30 petang. Dekat mana yang dikatakan lewat satu jam? Mereka sudah lewat check out dua jam setengah,” katanya.

Kesal dengan apa yang berlaku, pemilik menyuarakan rasa tidak berpuas hati kerana pekerjanya perlu membersihkan rumah sebelum jam tiga petang. Tetapi penginap terbabit memaki hamun pemilik homestay.

‘Satu taman dengar mak kena maki’

image is not available

‘2.30 PM masih bertuala’

image is not available

Beri alasan pergi sembahyang Jumaat?

image is not available

Tolong hormat peraturan bisnes orang

image is not available