Pengindeksan Google Search Kini Mengutamakan Peranti Mudah-Alih

TechnologyDigital
1 Nov 2023 • 11:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google kini mengumumkan akhirnya mereka telah melakukan peralihan sepenuhnya kepada pengindeksan carian Google dengan mengutamakan pengalaman pada peranti mudah-alih.

image is not available

Peralihan ini telah diumumkan oleh Google sekitar 7 tahun lepas, dimana ketika itu pelbagai pengindeksan mengutamakan carian menggunakan desktop. Namun, dengan penggunaan peranti mudah-alih yang meningkat, kini Google mula mengutamakan pengindeksan pelbagai laman-laman web dengan mengutamakan peranti mudah-alih.

Kini, Google mengutamakan laman yang lebih mesra peranti mudah-alih pada hasil carian pada perkhidmatan mereka. Google turut menyatakan mereka akan mula mengurangkan penggunaan Googlebot yang lama seberapa banyak yang boleh – sekaligus menjimatkan lagi sumber pemilik web, serta Google sendiri.