Penglibatan anak Melayu dalam penyalahgunaan dadah, rokok elektronik membimbangkan - PM

LocalPolitics
18 Jun 2025 • 5:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA – Perdana Menteri menzahirkan kebimbangan terhadap penglibatan anak-anak Melayu dalam  penyalahgunaan dadah dan rokok elektronik.  

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu tersebut memerlukan perhatian serius serta penyelesaian segera kerana ia melibatkan masa depan generasi muda.

“Kita lihat orang Melayu ini dadahnya berat. Tadi mesyuarat Jemaah Menteri bincang masalah dadah dan vape dalam kalangan anak-anak kita.

“Tolonglah bincang, carilah jalan, kaedah mana pun. Apakah perlu dana, apakah perlu kaunseling, perlu dakwah, beritahulah. Kerana berpuluh tahun kita fikir belum selesai,” katanya.

Anwar berkata, meskipun terdapat penglibatan anak-anak muda daripada kaum lain, masalah dalam kalangan anak Melayu jauh lebih membimbangkan.

“Betul ada anak Cina, anak India ramai juga dalam kalangan mereka, tetapi lebih parah dalam kalangan anak Melayu. Membunuh jiwa mereka dari kecil.

“Kenalah lakukan sesuatu, kena bincang,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Seminar Malaysia Madani: Guru Pemangkin Patriotisme Negara di sini pada Rabu. 

AKAN MENYUSUL