Penglihatan Pada Individu Buta Dikembalikan Dengan Implan Retina

WorldTechnologyDigitalSpace
28 Oct 2024 • 4:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam siri TV Star Trek, Commodore Geordi La Forge dilahirkan buta tetapi dapat kembali melihat menggunakan sebuah peranti khas. Fiksyen daripada Star Trek ini kini menjadi realiti menerusi implan yang dibangunkan oleh Science Corporation, sebuah syarikat yang berasal dari California.

Implan empat segi sebesar 2mm yang dinamakan Prima diletakkan pada bahagian retina 38 peserta ujian klinikal yang buta dan ia berjaya mengembalikan penglihatan. Untuk kembali melihat peserta diberikan sepasang cermin mata yang dilengkapi kamera. Isyarat kamera kemudian dihantar kepada permukaan Prima yang dilitupi 378 pixel yang sensitif kepada cahaya infra merah. Prima kemudiannya menghantar isyarat elektrik teruk ke otak yang kemudian mengubahkan kepada imej yang boleh difahami manusia.

image is not available

Imej yang dilihat kelihatan seperti skrin resolusi rendah dalam warna hitam putih. Walaupun sistem ini tidak memberikan pemandangan seperti mata manusia biasa, ianya masih cukup baik sehingga membolehkan peserta ujian kembali membaca buku dan bermain kad. Kerana sistem ini adalah berasaskan kamera, terdapat juga fungsi zum terbina membolehkan penerima implan membesarkan imej yang ingin dilihat.

Selain Prima, tahun ini Neuralink telah menerima kebenaran FDA untuk melakukan ujian Implan Blindsight yang dibangunkan oleh mereka. Tidak seperti Prima, Blindsight akan menghantar terus isyarat imej terus ke bahagian otak penerima implan.

View Original Article