Penguin Maharaja dan Anjing Laut Bulu Antartik Kini Dikategorikan Haiwan Terancam

Environment
10 Apr 2026 • 1:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hei dunia semakin terbakar bukan sahaja oleh pemanasan global, perubahan iklim dan perang di Asia Barat. Tetapi tekanan hidup yang anda hadapi (atau mungkin akan dihadapi) ini adalah sekadar sekelumit masalah yang dihadapi oleh Penguin Maharaja (Emperor Penguin) dan Anjing Laut Bulu Antartik (Antarctic Fur Seal).

Kedua-dua haiwan daripada benua Antartika ini dikategorikan sebagai terancam dalam senarai merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN Red List). Perubahan iklim menyebabkan habitat mereka semakin kecil serta sumber makanan berkurangan.

image is not available

Penguin maharaja (Aptenodytes forsteri) misalnya memerlukan ais laut untuk pembiakan serta proses pertukaran bulu. Analisa imej satelit mendapati 10% populasi hilang antara 2009–2018 yang bersamaan pengurangan lebih 20,000 penguin dewasa.

Nasib melanda anjing laut bulu antartik (Arctocephalus gazella) lebih serius dengan populasi merosot hampir 57% daripada 2.19 juta pada tahun 1999 ke hanya 944,000 pada tahun 2025 Kekurangan krill akibat pemanasan laut dan ais yang menyusut menyebabkan anak-anak anjing laut mati sebelum matang. Persaingan dengan paus baleen pulih, serta pemangsa seperti orca dan anjing laut harimau bintang turut memberikan kesan kepada populasi.

Lebih hampir di dalam negara, kesemua 42 spesis bunga Pakma (Rafflesia) diancam kepupusan. Sebanyak 25 atau 60% daripadanya kini menghadapi risiko kepupusan yang teruk, 15 dalam bahaya kepupusan dan dua lagi terdedah kepada kepupusan. Spesis Rafllesia magnifica pula telah dimasukkan ke dalam IUCN Red List pada tahun 2023.

View Original Article