Pengukuhan Dolar Tidak Jejas Pendapatan, Perbelanjaan Kerajaan - Anwar

Business & Finance
14 Mar 2023 • 11:45 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ringgit masih kekal positif berbanding mata wang pound Britain, yen Jepun dan dolar Australia, yuan China dan rupiah Indonesia. - Gambar AFP

KUALA LUMPUR - Pengukuhan dolar AS setakat ini tidak menjejaskan hasil dan perbelanjaan kerajaan meskipun harga makanan, terutamanya import benih dan baja menerima tempias berikutan kelemahan ringgit berbanding mata wang berkenaan.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ringgit masih kekal positif berbanding mata wang pound Britain, yen Jepun dan dolar Australia, yuan China dan rupiah Indonesia.

‘’Tetapi ketimbang (berbanding) dolar AS (yang) jatuh, nasib baik pendedahan kita kepada hutang berdasarkan dolar AS jauh lebih rendah daripada sebelumnya dan seperti yang saya sebut, bayaran dolar AS ini termasuk hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB),” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Sebelum itu, Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) meminta kerajaan menyatakan kekuatan fiskal negara ekoran mata wang ringgit yang semakin lemah dan solusi bagi mengimbangi situasi itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved