Pengumuman khas kenaikan gaji penjawat awam 16 Ogos depan: JPA

15 Jul 2024 • 7:22 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka membuat pengumuman khas berkaitan kenaikan gaji 2.3 juta penjawat awam pada 16 Ogos depan.

Jabatan Perkhidmatan Awam menerusi ciapan di platform X hari ini memaklumkan, pengumuman khas itu dilakukan sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

"Mesti semua pegawai awam tengah sibuk dan teruja kira gaji baharu kan?

“Sambil kita menghitung hari pengumuman khas berkaitan kenaikan gaji di MAPPA pada 16 Ogos 2024 yang akan berlangsung di PICC," katanya.

https://twitter.com/jpagov/status/1812712268473458936

Menerusi hantaran sama, jabatan itu turut menyeru semua penjawat awam agar meningkatkan prestasi dan kualiti kerja masing-masing setimpal dengan kenaikan gaji yang diumumkan nanti.

“Marilah kita sama-sama meningkatkan prestasi dan kualiti kerja dengan penuh dedikasi dan barulah selari dengan kenaikan gaji yang diterima nanti,” katanya.

Pada 26 Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perincian berhubung kenaikan gaji penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 pada Oktober ini.

Beliau berkata, perkara itu penting kerana sudah terlalu lama penjawat awam tidak menikmati kenaikan gaji yang setaraf dengan kerja keras mereka selama ini.

Pengumuman mengenai pelarasan gaji yang menyaksikan kenaikan melebihi 13% itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara. – 15 Julai, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved