Pengumuman lebih penting menanti pada Belanjawan Madani 2026 - PM

LocalPolitics
15 Aug 2025 • 5:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika tiba pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-20 "Perkhidmatan Awam MADANI Teras Kecemerlangan" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Jumaat. Foto Bernama

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan akan membuat pengumuman yang lebih besar dan penting pada pembentangan Belanjawan Madani 2026 Oktober depan.

Beliau berkata, pengumuman itu akan dibentangkan secara rasmi pada hari belanjawan nanti, selain menyampaikan penghargaan kepada pelbagai pihak yang menyumbang kepada kejayaan negara.

“Ada pengumuman jauh lebih penting itu pada hari Belanjawan Oktober nanti Insya-ALLAH.

"Jadi, sudah-sudahlah, biar saya rumuskan pada petang ini," katanya ketika berucap di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-20, di sini pada Jumaat.

Beliau dalam pada itu menegaskan bahawa pencapaian dan pengiktirafan yang diraih negara tidak akan tercapai tanpa sumbangan, pengorbanan serta khidmat cemerlang penjawat awam.

“Negara kita tidak akan jadi begini, diiktiraf dan mencatat beberapa kejayaan tanpa sumbangan saudara-saudara. Terima kasih banyak,” ujarnya.

Mengikut takwim Parlimen, Belanjawan 2026 dijadual dibentangkan pada 10 Oktober ini.