
KUALA LUMPUR - Satu pengumuman berhubung isu buli siber akan dibuat dalam masa terdekat.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, isu berkenaan juga akan dibawa dan dibincangkan bersama di peringkat mesyuarat Jemaah Menteri pada esok.
Ujarnya, ia susulan hasil pertemuan beliau bersama tiga kementerian dalam Mesyuarat Berkaitan Isu Buli Siber pada Rabu bagi membincangkan insiden melibatkan pempengaruh A Rajeswary, atau turut dikenali sebagai Esha pada 5 Julai.
"Kalau hanya diberi denda RM100 kemudian mereka yang terlibat itu keluar daripada mahkamah dengan senyum selamba, itu tentu menghiris perasaan keluarga mangsa.
"Kedua, isyarat apa hendak dihantar kepada rakyat kebanyakkan. Jadi hal-hal ini harus diteliti.
"Saya percaya akan ada satu dua pengumuman dalam masa terdekat termasuk Jumaat ini. Tajuk ini juga akan dibincang di peringkat Jemaah Menteri," katanya.
AKAN MENYUSUL


