Pengumuman PM Anwar: Ramai Ucap Terima Kasih, Luah Rasa Syukur

LocalPolitics
23 Jul 2025 • 4:28 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Selepas beberapa hari rakyat menanti penuh debaran, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengumumkan inisiatif besar yang menyentuh kehidupan harian rakyat, daripada poket sehingga ke jalan raya.

Rakyat ucap terima kasih

Paling mencuri tumpuan ialah pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara one-off kepada rakyat berusia 18 tahun ke atas, yang akan terus dimasukkan ke dalam MyKad sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos.

Ia adalah pertama kali dalam sejarah negara bantuan tunai diagihkan kepada seluruh rakyat dewasa.

image is not available

Foto: msn

Selain itu, sebagai menandakan semangat perpaduan dan cinta kepada negara, kerajaan turut mengumumkan cuti umum tambahan pada Isnin, 15 September 2025, bersempena sambutan Hari Malaysia.

Di pasar dan kedai runcit pula, rakyat bakal menarik nafas lega apabila peruntukan Jualan Rahmah MADANI digandakan kepada RM600 juta dan diperuas ke semua 600 kawasan DUN. Ini bermakna barangan asas pada harga mampu milik kini lebih mudah didapati.

Bagi pengguna jalan raya, kerajaan memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 lebuh raya utama, malah menanggung lebih RM500 juta demi memastikan rakyat terus menikmati kemudahan ini tanpa tambahan kos.

Lebih menggembirakan, harga petrol RON95 kini diturunkan kepada RM1.99 seliter, iaitu sesuatu yang tidak dijangka tetapi sangat disyukuri oleh rakyat terutamanya dalam situasi ekonomi global yang mencabar.

Langkah ini ternyata memberi kelegaan besar kepada rakyat dan hasilnya, media sosial dibanjiri ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Anwar dan kerajaan. Ramai yang menyifatkan inisiatif ini sebagai bukti kerajaan mendengar suara rakyat, dan bukan sekadar janji kosong.

Alhamdulillah, terima kasih!

image is not available

Foto: FB Anwar Ibrahim

 

Allah berikan pemimpin yang adil

image is not available

Foto: FB Anwar Ibrahim

 

PMX pimpin dengan hati yang ikhlas untuk rakyat..

image is not available

Foto: FB Anwar Ibrahim

 

Terima kasih PMX dan barisan kabinet!

image is not available

Foto: FB Anwar Ibrahim

Dengan pengumuman luar biasa ini, kerajaan berjaya membuktikan bahawa rakyat sentiasa diberi keutamaan dan ia bukan menawarkan janji kosong semata-mata.

Sumber: Facebook @Anwar Ibrahim