Pengumuman Puasa 2026 [ LIVE ] TV1 RTM – 19 Februari

17 Feb 2026 • 8:05 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Pengumuman Puasa 2026 & Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan di Malaysia

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa umat Islam di Malaysia tahun ini ialah pada petang 17 Februari bersamaan 29 Syaaban 1447H. Tarikh berpuasa 1 Ramadan ialah pada 19 Februari 2026.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan memaklumkan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Permulaan Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengisytiharkan tarikh permulaan puasa melalui melalui radio dan televisyen.

Tarikh / Waktu Pengumuman Puasa 2026 [LIVE]

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu supaya kamu bertakwa.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 183)

image is not available

Tarikh Permulaan Puasa Tahun 1447H/2026M telah diumumkan pada ketetapan berikut:

  • 19 Februari 2026 (Khamis)
  • Siaran langsung di saluran RTM @ RTMKlik @ TV1

[LANGSUNG] Pengisytiharan Tarikh Mula Puasa 2026 / Ramadan 1447H | 17 Feb 2026 – Ihsan RTM

image is not available

Jadual Tarikh Penting Dalam Islam & Tarikh Mula Puasa 2026

Ini adalah selari mengikut kiraan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) seperti mana diterbitkan di dalam Almanak Falak Syarie Malaysia (AFSM) dan kalendar JAKIM, tarikh 1 Ramadan dijangka bermula pada 19 Februari 2026.

image is not available
Sumber: JAKIM

Doa Apabila Melihat Anak Bulan Ramadan

Rasulullah SAW telah mengajarkan doa untuk dibaca apabila melihat anak bulan Ramadan:

اللهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلامَةِ وَالْإِسْلامِ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللهُ

Maksudnya: “Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.”

Perbanyakkan berdoa dan memohon keampunan agar kita diberikan sebanyak-banyak kesempatan untuk melaksanakan amalan soleh. In sha Allah.

image is not available

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Malaysia 2026 / 1447H

#NEGERI
1Sabah
2Wilayah Persekutuan Labuan
3Sarawak
4Johor
5Melaka
6Negeri Sembilan
7Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
8Selangor
9Pahang
10Terengganu
11Kelantan
12Perak
13Kedah
14Perlis
15Pulau Pinang