Pengundi terakhir lega laksana tanggungjawab

LocalPolitics
24 Sep 2024 • 6:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Khairul memasukkan kertas undi ke dalam peti undi.

image is not available
Mohd Khairul selesai mengundi, pada Selasa.

KLUANG - Sarjan Mohd Khairul Ibrahim, 38, menjadi pengundi terakhir bagi proses pengundian awal sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Dewan Pengaman Zamrud, Taman Perumahan Polis, di sini pada Selasa.

Mohd Khairul yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya setelah dipindahkan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang sembilan bulan lalu berkata, perasaannya bercampur baur sepanjang perjalanan kerana bimbang tidak sempat tiba untuk mengundi.

Bagaimanapun katanya, dia gembira kerana masih sempat menunaikan tanggungjawabnya itu.

**media[2820415]**

"Saya bertolak dari Putrajaya sekitar jam 2.30 petang tadi kerana mahu menunaikan tanggungjawab ini.

"Alhamdulillah walaupun terlewat, saya masih sempat melakukannya (mengundi)," katanya.

Ketibaan Mohd Khairul ke pusat mengundi itu pada jam 4.53 petang dengan ditemani tiga anaknya disambut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved