Pengundi Tioman Celup Jari Kelingking Untuk PRU15

Politics
7 Dec 2022 • 2:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pengundi Tioman Celup Jari Kelingking Untuk PRU15

Pengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Bahagian Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang akan menggunakan jari kelingking tangan kiri untuk ditanda dakwat kekal sebagai tanda proses pengundian selesai.

Memetik Bernama, jari kelingking digunakan bagi membezakan jari yang ditanda ketika hari mengundi PRU15 pada 19 November lalu.

Penandaan dakwat yang dibuat di DUN Tioman itu adalah berbeza dengan tatacara proses mengundi yang kebiasaanya menggunakan jari telunjuk tangan kiri untuk mencelup dakwat biru.

Walau bagaimanapun, bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen Padang Serai akan ditandakan dakwat pilihan raya pada jari telunjuk tangan kiri.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPRM), sebanyak 43 peratus telah keluar mengundi di Parlimen Padang Serai dan 41 peratus di DUN Tioman setakat 1 tengahari hari ini.

Terdahulu, Bernama melaporkan PRU15 di kedua-dua kawasan berkenaan ditangguhkan berikutan kematian calon yang telah disahkan bertanding iaitu M. Karupaiya daripada Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Padang Serai dan Md Yunus Ramli mewakili Perikatan Nasional (PN) di DUN Tioman.

PRU15 Parlimen Padang Serai menyaksikan pertembungan enam penjuru dengan saingan melibatkan calon PH, Barisan Nasional (BN), PN, Pejuang, Warisan dan Bebas. Bagaimanapun, BN bersetuju memberi laluan kepada PH di kerusi Parlimen itu pada 2 Disember lepas.

DUN Tioman pula menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon BN, PN, PH, Pejuang dan seorang Bebas tetapi PH sudah menyatakan menarik diri daripada PRU berkenaan bagi tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan nasional.

Sumber: BERNAMA