Pengundian awal PRN Melaka capai 94.96 peratus

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 7:42 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pengundian awal PRN Melaka capai 94.96 peratus

MELAKA: Sebanyak 94.96 peratus atau 9,417 daripada 9,917 anggota pasukan keselamatan yang layak mengundi keluar me­nunaikan tanggungjawab pa­da hari pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 semalam.

Jumlah itu membabitkan 7,472 anggota tentera dan pasangan serta 2,445 anggota polis yang mengundi di 31 pusat me­ngundi di seluruh negeri.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di Kem Terendak, Sungai Udang dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Ayer Keroh pula mendapati proses pengundian berjalan lancar dalam keadaan cuaca cerah.

Seramai 9,769 anggota dan pegawai Tentera Darat (TDM) serta pasangan layak menunai­kan tanggungjawab sebagai pe­ngundi awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 semalam.

Di Kem Terendak, anggota dan pegawai tentera darat dilihat mula berbaris untuk memasuki Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Terendak 2 di Kem Terendak di sini seawal pukul 7.30 pagi meskipun pusat mengundi dibuka pada pukul 8 pagi.

Berdasarkan statistik pengundi mengikut pasukan, undi awal tentera dan pasangan tertumpu di empat Parlimen iaitu Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu dan Hang Tuah Jaya.

Ia melibatkan empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Lendu, Durian Tunggal, Sungai Udang dan Bukit Katil.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun ber­kata, beberapa pusat mengundi yang tidak mempunyai ramai pengundi ditutup lebih awal pada pukul 12 tengah hari ma­nakala beberapa lagi ditutup se­cara berperingkat pada pukul 2 petang.

“Baki pusat mengundi pula di­tutup pada pukul 5 petang,” ka­tanya semasa sidang akhbar selepas melawat pusat mengundi awal di Sekolah Menengah Ke­bangsaan (SMK) Kem Teren­dak, di sini.

Dalam perkembangan lain, Ramlan berkata, SPR sedang men­dapatkan laporan penuh ber­hubung dakwaan serangan siber yang menyasarkan laman web rasminya ketika PRN Melaka berlangsung.

Beliau berkata, pihaknya ma­sih belum menerima maklumat lengkap berhubung perkara itu dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat.

“Saya tak dapat laporan penuh lagi. Insya-Allah SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat berhubung perkara itu. Kita sama-sama berdoa serangan siber ini tidak menyerang laman web SPR kerana ia amat penting da­lam melaksanakan pilihan raya ini,” katanya.

Tambah beliau, SPR sudah men­jalin kerjasama dengan pi­hak berkuasa berkaitan bagi memastikan keselamatan sistem­nya terus terpelihara daripada se­barang cubaan pencerobohan.

“SPR bekerjasama dengan semua autoriti berkaitan untuk memastikan perkara itu tidak berlaku,” katanya. – UTUSAN

 

The post Pengundian awal PRN Melaka capai 94.96 peratus appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved