Pengunjung Bazar Ramadan Tuaran berjimat cermat, makanan tradisi jadi pilihan

LocalFood
13 Mar 2024 • 1:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Makanan tradisi seperti bosou sada (jeruk ikan), tuhau, jeruk bambangan, nasi linopot (dibungkus) dan pelbagai jenis kuih sudah sinonim sebagai juadah berbuka puasa yang popular di negeri Sabah.

Malahan, ia hidangan wajib penduduk tempatan khususnya masyarakat Kadazan Dusun setiap kali mengadakan kenduri, majlis perkahwinan dan juadah istimewa ketika Aidilfitri mahu pun Aidiladha.

Namun, tinjauan beberapa lokasi di daerah ini mendapati pelanggan yang berkunjung ke bazar Ramadan kali ini terpaksa mengeluarkan kos lebih atau berjimat cermat berbanding tahun lalu untuk ramadan hari pertama.

Di Pekan Tuaran, peningkatan harga makanan yang melibatkan menu popular makanan bergoreng seperti nasi ayam dan sotong selain makanan tradisi, kuih muih dan minuman dalam balang juga tidak terkecuali.