Pengunjung Genting Highlands Akan Dikenakan Tol

20 Oct 2023 • 1:37 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Baru-baru ini, tular sebuah gambar yang menunjukkan pemasangan sebuah struktur di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya. Gambar tersebut mendapat perhatian netizen tentang kemungkinan pembangunan plaza tol di tempat berkenaan.

image is not available

Menurut laporan dari Sinar Harian, Lingkaran Cekap Sdn Bhd adalah syarikat yang akan mengendalikan tol. Berdasarkan jurucakap syarikat tersebut, pengunjung hanya dikenakan bayaran semasa hendak ke Genting Highlands dan bukan ketika menuruni kawasan tanah tinggi tersebut.

image is not available

“Lingkaran Cekap bertanggungjawab terhadap jalan di Genting, termasuk cerun, tanah runtuh, membersihkan pokok tumbang, memotong rumput, sistem kumbahan serta lampu jalan, dan paling penting menyelenggara jalan," katanya.

Bagaimanapun, jurucakap syarikat terbabit tidak dapat mengesahkan tarikh pelaksanaan dan kadar tol yang akan dikenakan.

Sumber: Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved