Pengunjung Maut Jatuh Suria KLCC

2 Aug 2022 • 12:04 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang pengunjung maut selepas dipercayai terjatuh daripada tingkat atas pusat beli belah Suria KLCC di sini, malam tadi.

Menerusi ciapan di Twitter oleh pengguna dikenali sebagai @fadmnf, kejadian tersebut berlaku pada jam 9.38 malam.

Foto kejadian berkenaan kini sedang tular di media sosial.

Info lanjut kejadian bagaimanapun masih belum diperoleh, tetapi Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Noor Dellhan Yahaya dilaporkan berkata, polis sedang menyiasat untuk melihat jika ia memiliki sebarang unsur khianat. - Getaran, 1 Ogos 2022