Pengunjung pelbagai kaum di Little India lambang Keluarga Malaysia

LocalPolitics
30 Oct 2024 • 9:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ismail Sabri (tiga dari kiri) bersama Saravanan (dua dari kanan) ketika berkunjung ke Little India, Brickfields pada Rabu.

image is not available
Ismail Sabri melihat pakaian yang dijual ketika berkunjung ke Little India, Brickfields.

image is not available
Ismail Sabri melihat pakaian yang dijual ketika berkunjung ke Little India, Brickfields.

KUALA LUMPUR - Kehadiran pengunjung terdiri pelbagai kaum di Little India, Brickfields sempena sambutan Deepavali melambangkan semangat Keluarga Malaysia.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau juga berkunjung ke kawasan berkenaan bersama Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dan pemilik kedai Bollywood, Datuk Haji Mohammad Rafi bagi melawat kedai-kedai yang menjual pakaian.

“Setiap kali musim perayaan Hari Deepavali, saya pasti akan berkunjung ke Little India bagi melihat sendiri kemeriahan dan persiapan sambutan Deepavali yang akan disambut esok.

“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh komuniti Hindu di seluruh negara.

“Raikan Deepavali dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.