Pengunjung serbu Matta Fair, rebut tawaran pakej percutian Asia

24 Mar 2024 • 9:00 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta Fair) 2024 tetap menerima sambutan luar biasa daripada pengunjung meskipun berlangsung ketika bulan Ramadan.

Tinjauan Scoop mendapati semua ruang pameran sesak dengan pengunjung yang enggan melepaskan peluang mendapatkan tawaran pakej pelancongan menarik.

Rata-rata pengunjung yang ditemui memilih untuk melancong ke Jepun, China dan Korea.

Menurut mereka, timbul kebimbangan untuk bercuti di luar rantau Asia kerana ketidaktentuan nilai ringgit ketika ini.

image is not available
Dek nilai ringgit tak menentu, rata-rata pengunjung yang ditemui memilih untuk melancong ke Jepun, China dan Korea - Alif Omar/Scoop, 24 Mac, 2024

Pengunjung, Azfar Ikhwan Abdul Malek, 25, berkata, keadaan itu menyebabkan dia memilih Thailand sebagai destinasi percutiannya dalam masa terdekat.

“Sebagai seorang yang sudah biasa melancong ke luar negara, keadaan ekonomi dunia amat memberi kesan kepada saya untuk bercuti di luar rantau Asia,” katanya.

Malah ahli perniagaan itu berkata, tawaran kali ini menyaksikan tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak tidak jauh beza dengan pakej penerbangan ke Krabi dan Phuket, Thailand.

“(Jadi) Bagi saya, alang-alang harga hampir sama, lebih baik bercuti di Thailand walaupun terpaksa keluarkan kos belanja lebih sedikit.

“Sekurang-kurangnya dapat juga meneroka kawasan sekitarnya yang jauh lagi cantik,” katanya.

image is not available
Ada pengunjung yang berkata, tawaran di Matta Fair kali ini menyaksikan harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak tidak jauh beza dengan pakej penerbangan ke Krabi dan Phuket, Thailand - Alif Omar/Scoop, 24 Mac, 2024

Sementara itu, Razak Ardi, 43, berkata, pameran tahun ini lebih menarik berbanding edisi yang lalu.

“Memandangkan setiap tahun saya datang, harga yang ditawarkan semakin mahal tetapi pada kali ini, saya dapati pakej yang ditawarkan jauh lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

“Pilihan pakej percutian lebih banyak dan kebanyakannya boleh digunakan dalam tempoh sah laku sehingga enam bulan dari tarikh pembelian,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Hadif Shamshor, 23, memilih untuk berkunjung ke Matta Fair kerana pakej percutian yang ditawarkan lebih berbaloi.

image is not available
Ada juga pengunjung berkata, pilihan pakej percutian lebih banyak kali ini dan kebanyakannya boleh digunakan dalam tempoh sah laku sehingga enam bulan dari tarikh pembelian - Alif Omar/Scoop, 24 Mac, 2024

Katanya, dia dapat melakukan penjimatan sebanyak RM300 bagi pembelian tiket penerbangan di pameran tersebut berbanding pembelian secara atas talian.

Matta Fair 2024 menawarkan kemasukan percuma kepada pengunjung bermula jam 10 pagi hingga 9 malam ini dengan menyediakan perkhidmatan ulang alik ke Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dari KL Sentral dan Sunway Putra Mall.

Acara yang memasuki edisi ke-54 itu, menampilkan lebih 1,700 gerai pempamer yang mengambil bahagian.

Menariknya, pameran selama tiga hari bermula Jumaat hingga hari ini turut mengutamakan keselesaan pengunjung dan pempamer beragama Islam dengan menawarkan kemudahan premis makanan dan minuman (F&B) khusus untuk berbuka puasa. – 24 Mac, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved