
Bayaran RM20 untuk nikmati matahari terbenam di Pantai Tanjung Aru
Pengunjung Terkejut Meja Dan Kerusi Kena Caj RM20 Di Pantai Tanjung Aru Sabah. Pantai seharusnya menjadi tempat orang ramai mencari ketenangan dan beriadah bersama keluarga. Baru-baru ini, ada pihak yang mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran sewa untuk kemudahan awam yang disediakan di kawasan pantai.
Satu hantaran tular di TikTok menunjukkan seseorang meletakkan harga bagi meja yang disediakan di Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah. Harga yang dikenakan berbeza-beza, antara RM15 hingga RM20, bergantung kepada saiz meja dan kerusi.

Difahamkan bahawa lokasi tersebut merupakan tempat terbaik untuk menikmati pemandangan matahari terbenam.
“No komen. Nak tengok sunset kan? Kenalah berkorban sikit,” tulis kapsyen oleh pemilik video di laman TikTok.
Video itu menunjukkan sesetengah pengunjung lebih suka duduk di atas pasir berbanding menggunakan meja dan kerusi yang disediakan. Akibatnya, tempat duduk tersebut masih kosong walaupun ramai orang berada di situ.
No komen. nak tgok sunset kan. kena la berkorban sikit #fyp #tgaru #tanjungarubeach #beach #sunset
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen yang terkejut dengan harga yang dikenakan dan menganggapnya tidak munasabah. Walau bagaimanapun, ada yang mendakwa kawasan itu adalah tanah persendirian, jadi pemilik berhak mengenakan bayaran sedemikian.
Selain itu, ada pengunjung yang pernah ke sana berkongsi pengalaman mereka dikenakan bayaran, dan ada yang mendakwa harga telah dinaikkan dua kali ganda berbanding sebelum ini.

